Tuesday, October 30, 2007

Sejarah Teras Kayu


Kesempatan ini ingin saya ucapkan kepada terima kasih tak terhingga kepada rakan –rakan yang banyak mendorong saya supaya menghasilkan satu blog sendiri bagi memperkenalkan produk-produk keluaran kami iaitu produk teras kayu. Kepada Tok Ki terima kasih sekali lagi. Tok Ki untuk pengetahuan semua merupakan seorang yang cukup arif dalam bidang herba. Beliau boleh dikatakan dapat mengetahui kebanyakan fadilat tumbuh-tumbuhan termasuk teras-teras kayu. Kalau sebut pasal bukit dan gua, saya tak perlu risau jika Tok Ki ada bersama jamin tak sesat punya.

Kebanyakan bekalan teras-teras kayu dibekalkan oleh Tok Ki dan kami akan menghasilkan produk lain seperti cincin teras, gelang teras, tasbih teras. Terdapat juga produk-produk seperti jam, pen dan lain-lain jika diminta oleh pelanggan.




Proses melarik tasbih menggunakan menggunakan tangan oleh tukang mahir. Tasbih yang dihasilkan mempunyai ciri yang unik dan halus.



Sesetengah pendapat menyatakan pengetahuan tentang khasiat dan fadilat teras kayu bermula pada zaman Nabi Adam a.s lagi. Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang teras kayu sebagai penawar kepada Nabi Adam a.s. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan banyak kelebihan yang Allah berikan kepada bangsa manusia.

Penggunaan tasbih berkait rapat dengan agama terutama dalam agama Islam dan digunakan untuk berzikir. Penggunaa tasbih semasa berzikir membolehkan perbuatan zahir selari dengan perbuatan hati dan ini dapat mengelakan kita dari terlalai. Nabi kita pernah menggunakan biji tamar semasa berzikir.

Kenapa tasbih teras kayu?...ulama berpendapat, daripada plastic lebih baik kayu, batu dan teras kayu. Maka lebih baik batu dan teras kayu kerana ia hidup.

Jenis-Jenis Teras (dalam simpanan kami)

  1. Kemuning hitam
  2. Hitam arang
  3. Penawar hitam
  4. Kayu abanuh(mesir)
  5. Kokka(mesir)
  6. Kemunig kuning
  7. Kemunig emas
  8. Kemunig tahi ayam
  9. Kemuning limau
  10. Kemuning kunyit
  11. Teras kekabu
  12. Teras betik
  13. Kayu haji samad
  14. Kayu buei
  15. Teras celagi
  16. Nibung tunggal
  17. Semeru gajah
  18. Kayu penunduk
  19. Kayu badi(berunai)
  20. Kayu yang menjadi batu
  21. Kayu serasi
  22. Kayu bedak sejuk/hantu pari
  23. Tempurung buta
  24. Teras beluru
  25. Teras mempelas
  26. Ibong
  27. Sulur bertam
  28. Kayu cendana
  29. Kayu ular cintamani
  30. Kayu tas
  31. Damar Minyak/Raja Kayu
  32. Teras Keluat
  33. Teras Lakor
  34. Teras Gemungga/Kilo
  35. Kayu Teja Lawan
  36. Kayu Badam
  37. Kayu Cenderawasih


*Sesetengah teras tidak di senaraikan kerana kuantiti yang sedikit

*Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Sukri *HP 019-9773227 @ 014-3082167

*email tasukri21@yahoo.com.my


No comments: